
Foto RTM
KUALA LUMPUR,30 September– Pembayar zakat dan orang awam bakal menikmati akses lebih jelas terhadap maklumat agihan dana agama menerusi Peluncuran Piawaian Perakaunan Islam bagi Baitulmal,Zakat dan Wakaf yang dijadual berlangsung esok,1 Oktober.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata,ketelusan dalam pelaporan kewangan tahunan penting bagi membolehkan orang awam mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai pengurusan dana yang diamanahkan.
Katanya,penyediaan laporan kewangan secara lebih terperinci juga dapat membantu mengikis syak wasangka serta meredakan pertikaian berkaitan pengurusan dan agihan dana agama.
Peluncuran Piawaian Perakaunan Islam bagi Baitulmal,Zakat dan Wakaf dijadual berlangsung esok,dengan JANM berharap piawaian berkenaan dapat diguna pakai sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Negeri,Lembaga Zakat dan institusi wakaf.