
Menteri Komunikasi,Datuk Seri Fahmi Fadzil / Foto RTM
PUTRAJAYA,29 September – Kira-kira 87,000 pesakit dijangka menerima manfaat penghantaran percuma menerusi inisiatif Ubat Melalui Pos (UMP) yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan selama setahun bermula 1 Oktober ini.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pembiayaan
UMP di Lobi Menara Komunikasi di sini,yang menyaksikan kehadiran Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Timbalan Menteri Komunikasi,Teo Nie Ching.
Sementara itu,pada majlis sama,Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata peruntukan tambahan kerajaan itu amat bermakna dalam mempermudahkan urusan pesakit terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.
Menurutnya,inisiatif UMP bukan sahaja menjimatkan kos dan masa pesakit,malah dapat mengurangkan kesesakan di fasiliti-fasiliti kesihatan KKM.
“Saya yakin manfaatnya sangat besar kepada rakyat khususnya di daerah-daerah pedalaman.
“Bayangkan kesukaran mereka untuk datang ke fasiliti kesihatan hanya untuk mengambil ubat-ubatan. Dari sudut kos,masa dan kemudahan,program ini amat memudahkan mereka,” katanya.
Pada Sabtu lalu,Datuk Seri Fahmi mengumumkan pesakit berdaftar tidak perlu menanggung kos UMP berikutan perkhidmatan itu akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan bermula 1 Oktober ini.