
Antara pelajar pasangan kembar daripada 3 pasangan kembar yang mendaftar untuk Sesi Akademik 2026-2027/Gambar UMT
KUALA NERUS,29 September -Sesi pendaftaran pelajar baharu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi Sesi Akademik 2026/2027 mencuri perhatian apabila kehadiran pasangan kembar tiga seiras antara 2,546 mahasiswa yang mendaftar di universiti berkenaan Sabtu lepas.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Kami sangat gembira dapat belajar di universiti yang sama kerana banyak urusan menjadi lebih mudah.
“Apabila melibatkan pendaftaran atau penghantaran,semuanya di tempat yang sama dan pada masa yang sama ia dapat menjimatkan kos keluarga,” katanya.
Sementara itu,Profesor yang Menjalankan Fungsi Naib Canselor UMT Prof Dr Suriyani Muhamad berkata pihak universiti sentiasa berusaha memastikan proses pendaftaran berjalan dengan lancar dan memberikan pengalaman awal yang positif kepada mahasiswa.
“Kami mengalu-alukan kehadiran semua pelajar baharu ke UMT. Setiap seorang hadir dengan latar belakang,pengalaman dan impian yang berbeza,namun mereka kini berkongsi satu perjalanan sebagai warga Universiti Malaysia Terengganu.
“Manfaatkan sepenuhnya peluang yang tersedia di UMT,bukan sahaja untuk mencapai kecemerlangan akademik,tetapi juga membina kemahiran,persahabatan,jaringan dan pengalaman yang akan menjadi bekalan selepas tamat pengajian,” katanya.
Pendaftaran Sesi Akademik 2026/2027 kali ini merangkumi kemasukan pelajar tempatan dan antarabangsa dari pelbagai negara seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE),Republik Czech,Turkiye dan Sweden.
Antara bidang pengajian utama yang menjadi tumpuan di peringkat sarjana muda termasuk sains marin,teknologi maritim,kejuruteraan,sains komputer dan pengurusan.