
Datuk Seri Anwar / Foto RTM
PUTRAJAYA,18 September– Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang tindakan berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan perlu mengikut sepenuhnya proses perlembagaan dan peraturan yang ditetapkan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata demikian kepada media selepas menunaikan Solat Jumaat di Surau Nur Perdana,Presint 10,Putrajaya,hari ini bersama kira-kira 1,000 jemaah.
Khutbah Jumaat bertajuk “Bekalan Menuju Hari Akhirat” disampaikan Imam dan Khatib, Muawwidz Al-Ansori Dzulkefly.
Datuk Seri Anwar turut berkata tidak menolak prinsip undang-undang serta adat yang terpakai di Negeri Sembilan membabitkan institusi Yang di-Pertuan Besar dan Undang.
Beliau turut berharap kerajaan negeri dan Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Seri Ismail Lasim lebih tegas dalam pendirian serta tidak tunduk kepada tekanan politik.
“Saya berharap kerajaan negeri dan Menteri Besar lebih tuntas dalam pendirian,tidak berdolak-dalik dan tidak tunduk kepada tekanan-tekanan politik kerana ini soal Raja Berperlembagaan,” ujarnya.
Semalam,Jabatan Peguam Negara menyatakan proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bertarikh 19 April 2026 tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak mandatori Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.