
Penyediaan tenaga penjaga yang terlatih dan profesional penting bagi memastikan keperluan penjagaan diurus dengan lebih baik
KUALA LUMPUR,15 September – Seramai 2,000 penjaga warga emas disasar dilatih tahun ini bertujuan memperkukuh ekosistem penjagaan menghadapi status Malaysia sebagai negara menua.
RINGKASAN BERITA AI
−
Dalam perkembangan berkaitan,beliau turut menyatakan Rang Undang-Undang Profesion Kerja Sosial 2026 yang telah diluluskan masih memerlukan beberapa tindakan susulan sebelum dapat dilaksana sepenuhnya.
“Perkara itu termasuk penyediaan peraturan dan mekanisme kawal selia bagi memastikan pelaksanaan undang-undang berkenaan dapat berjalan dengan berkesan,”katanya selepas menghadiri Sidang Kemuncak Kepimpinan Kelestarian Malaysia (MSLS) ke- 5.
Persidangan menghimpunkan lebih 100 pembuat dasar,pegawai kerajaan,pemimpin perniagaan serta pemimpin komuniti bagi memperkukuh kerjasama dan mempercepat usaha Malaysia mencapai Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG).
Bertemakan “Memacu Pembangunan Mampan Melalui Perkongsian Transformatif Dan Kerjasama”,sidang kemuncak itu turut membincangkan kemajuan Malaysia dalam agenda SDG serta peluang memperluas kerjasama antara pelbagai pihak.