
Foto hiasan
KUALA LUMPUR,11 September – Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan Pelan Persediaan Haji – Seruan Istito’ah bagi membantu rakyat Malaysia membuat persediaan menunaikan ibadah Haji secara lebih sistematik,mudah dan lancar.
RINGKASAN BERITA AI
−
Bagi pendeposit yang telah berdaftar,mereka diberi tempoh sehingga 31 Disember 2028 untuk mencapai sasaran simpanan minimum berkenaan.
“Bagi pendeposit yang telah berdaftar,tempoh sehingga 31 Disember 2028 diberikan untuk mencapai sasaran simpanan minimum RM15,000,” menurut kenyataan itu.
Mulai 1 Januari 2029,giliran Haji akan disusun semula secara sistematik dan automatik berdasarkan tarikh pendaftaran serta pencapaian baki simpanan minimum berkenaan.
Menurut TH,pendekatan itu lebih mudah dan adil selain mengiktiraf usaha pendeposit yang membuat persediaan secara konsisten.
“Pendekatan ini dilihat mudah dan adil,di samping mengiktiraf usaha pendeposit yang membuat persediaan secara konsisten,” katanya.