BERITA PERNIAGAAN

PM mahu MA63 dijadikan naratif nasional

Sep 11, 2026 IDOPRESS

Foto RTM

KOTA KINABALU,11 September -Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijadikan naratif nasional dan tidak dilihat sebagai isu khusus melibatkan Sabah dan Sarawak semata-mata.

RINGKASAN BERITA AI

Menurut beliau,MA63 perlu dilihat dalam konteks komitmen yang menjadi asas kepada pembentukan Malaysia pada 1963,sebagaimana komitmen kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957.

Perdana Menteri berharap pendekatan itu dapat diterima rakyat di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak,dengan meletakkan MA63 dalam kerangka ‘National Policy,National Commitment and National Narrative’.