BERITA PERNIAGAAN

Pengekalan kos haji Muassasah satu pencapaian TH – Zulkifli

Sep 11, 2026 IDOPRESS

Foto REUTERS

KUALA LUMPUR,11 September– Pengekalan kos haji Muassasah bagi tahun keempat berturut-turut disifatkan sebagai pencapaian Tabung Haji (TH),meskipun kos barangan dan perkhidmatan terus meningkat di Malaysia serta Arab Saudi.

RINGKASAN BERITA AI

−

Jelasnya,pelaksanaan syor RCI bukan sekadar memenuhi cadanganpenambahbaikan,sebaliknya bertujuan membawa TH ke tahap lebih tinggi daripada sudut operasi haji dan pelaburan.

“Kita bukan hanya memikirkan melaksanakan syor itu tetapi kita ingin membawa TH ke satu tahap yang baru dari sudut operasi haji mahupun daripada sudut pelaburannya,” katanya lagi.

TH berupaya terus menjadi institusi terbaik dunia sekiranya pengurusannya diserahkan kepada pihak yang mempunyai kepakaran dan amanah.

Sementara itu,Dr Zulkifli berkata pindaan Akta TH kini hampir selesai selepas melalui proses libat urus dan dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat.

Tambah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu,keyakinan masyarakat terhadap TH masih kukuh berdasarkan jumlah pendeposit yang kini menghampiri 10 juta orang.

Beliau berkata,peningkatan jumlah deposit serta pengiktirafan antarabangsa terhadap pengurusan haji TH turut membantu memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap institusi berkenaan.