
Foto Fail BERNAMA
KUALA LUMPUR,10 September –Malaysia perlu melihat sektor penjagaan kesihatan sebagai infrastruktur ekonomi bagi menyokong produktiviti,mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi,menarik pelaburan serta mengukuhkan kedudukan negara dalam ekonomi penjagaan kesihatan serantau.
RINGKASAN BERITA AI
−
Dalam aspek kecerdasan buatan (AI),beliau berkata teknologi itu perlu dilihat sebagai pemudah cara praktikal untuk meningkatkan kecekapan sistem kesihatan,mengoptimumkan kapasiti serta mengurangkan beban pentadbiran.
Katanya,perkembangan berkenaan turut membuka peluang kepada Malaysia membangunkan penyelesaian teknologi tempatan dalam sektor kesihatan.
“Di bawah Kerangka Pembangunan Negara AI dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13),Malaysia menyasarkan untuk mengukuhkan kedudukan sebagai hab serantau pengeluaran teknologi digital serta membangunkan lebih banyak produk dan perkhidmatan ‘Buatan Malaysia’. Sektor penjagaan kesihatan menyediakan pasaran praktikal bagi mencapai aspirasi itu,” katanya.
Beliau berkata peluang tersebut termasuk pembangunan peranti perubatan,peralatan bantuan serta penyelesaian berasaskan teknologi bagi memenuhi keperluan golongan berusia,dengan potensi untuk dikembangkan ke pasaran domestik dan serantau.
Pada majlis sama,KSI Strategic Institute for Asia Pacific,Centre for AI Innovation,Global (CEAI Global) dan Diabetes Malaysia turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh penjagaan diabetes berasaskan AI menerusi platform MedGiver CGM.
Kerjasama itu memberi tumpuan kepada penggunaan data pemantauan glukosa secara berterusan bagi menghasilkan maklumat klinikal yang dapat membantu mengenal pasti pola glukosa dan menyokong intervensi awal di bawah pemantauan profesional kesihatan.
Malaysia Healthcare Summit 2026 anjuran KSI Strategic Institute for Asia Pacific itu menghimpunkan pembuat dasar,pengawal selia,pemimpin sektor kesihatan swasta,syarikat insurans,pelabur,pengamal perubatan dan pakar teknologi bagi membincangkan hubungan antara pertumbuhan sektor swasta dengan keutamaan kesihatan negara.