BERITA PERNIAGAAN

Lapan negara sokong larangan Britain import barangan Israel

Sep 10, 2026 IDOPRESS

Imej wang kertas dolar AS pada kemeja-T yang dijual di sebuah kedai di Tehran,Iran/Foto REUTERS

LONDON,10 September – Lapan negara termasuk Indonesia dan Arab Saudi menyokong keputusan Britain melarang import barangan dari penempatan Israel di wilayah Palestin yang diduduki.

RINGKASAN BERITA AI

−

Lapan negara berkenaan mengulangi gesaan supaya Israel membatalkan semua langkah berkaitan aktiviti penempatan serta tindakan yang bertujuan mengubah kedudukan geografi dan demografi wilayah Palestin yang diduduki.

Menurut kenyataan itu,penyelesaian dua negara kekal sebagai satu-satunya jalan yang berdaya maju bagi mencapai keamanan yang adil,berkekalan dan menyeluruh.

Sementara itu,Menteri Luar Israel,Gideon Sa’ar pada Selasa mengumumkan beberapa tindakan balas terhadap Britain susulan keputusan London itu.

Antaranya termasuk menutup Konsulat Jeneral Britain di Baitulmaqdis Timur serta mengeluarkan pegawai Britain daripada pusat penyelarasan Gaza yang diketuai Amerika Syarikat (AS).

Keputusan itu dibuat sebagai tindak balas terhadap larangan Britain mengimport barangan dari penempatan Israel di Tebing Barat yang diduduki. – REUTERS