
Dron digunakan mampu membawa muatan sehingga 60 kilogram bagi penghantaran bantuan ke kawasan yang sukar dihubungi./ REUTERS
NUWAKOT,9 Sept – Tentera Nepal menggunakan dron berkapasiti tinggi untuk menghantar bekalan bantuan kepada penduduk yang terputus hubungan susulan banjir besar pada 26 Ogos,ketika kebanyakan helikopter dikerahkan bagi operasi mencari dan menyelamat.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Sebahagian besar helikopter kami sibuk dengan operasi menyelamat. Tiada cara lain untuk menghantar makanan,keperluan asas,ubat-ubatan dan bahan api selain dron,yang merupakan pilihan terbaik untuk digunakan dan kita perlu mengutamakannya,” katanya.
Selain menghantar bantuan,dron berkapasiti tinggi itu turut digunakan untuk memindahkan mayat mangsa banjir di beberapa kawasan terjejas,manakala dron peninjau digunakan secara meluas dalam operasi mencari dan menyelamat.
Pada petang Selasa,tentera menggunakan salah sebuah dron berkenaan untuk menghantar 281 kilogram bantuan yang merangkumi makanan,ubat-ubatan,barangan sanitari dan bateri mudah alih kepada ratusan penduduk di seberang Sungai Trishuli yang masih tidak mempunyai bekalan elektrik dan air mengalir.
Bantuan itu disumbangkan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan Hami Nepali,manakala urusan logistik bagi penghantaran berulang kali dan penerbangan helikopter tentera dikendalikan Airlift Technology.
Pengasas bersama Airlift Technology,Milan Pandey berkata penggunaan dron amat sesuai dengan keadaan muka bumi Nepal yang menyukarkan akses ke kawasan terjejas.
“Agak sibuk kerana kami perlu melakukannya sekarang. Nepal memerlukan dron sekarang. Nepal mempunyai geografi dan bentuk muka bumi yang menjadikan dron lebih pantas,cepat dan murah,” katanya. – REUTERS