
Trak membawa barangan melintasi Jambatan Antarabangsa Gordie Howe yang menghubungkan Windsor,Ontario,Kanada dengan Detroit,Michigan,Amerika Syarikat – Foto AFP
WASHINGTON,9 September – Konflik perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dengan Kanada semakin meningkat selepas Washington mengenakan larangan import terhadap beberapa produk termasuk minuman beralkohol,selain menaikkan tarif ke atas barangan lain.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Presiden Trump mengambil langkah berkenaan bagi memastikan persaingan perdagangan yang adil,menghalang tindakan balas serta melindungi pengeluaran dalam negara,” kata seorang pegawai kanan pentadbiran AS.
Tindakan balas itu dibuat ketika Ottawamengenakan tarif baharu terhadap produk AS sebagai respons terhadap duti yang diumumkan Washington pada 22 Ogos lalu.
Beliau berkata,Kanada sebelum ini telah diberi amaran bahawa langkah yang diambilnya akan menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk.
Berhubung larangan import minuman beralkohol dari Kanada,Trump memberi alasan bahawa tindakan itu susulan boikot diskriminasi oleh kerajaan wilayah Kanada terhadap minuman beralkohol keluaran AS.
Sejak pelaksanaan tarif Trump dilaksanakan secara intensif pada tahun lepas,Kanada turut melancarkan boikot besar-besaran terhadap produk AS yang menyaksikan wain dan minuman keras keluaran AS telah dikeluarkan daripada rak jualan di kebanyakan wilayah Kanada yang mempunyai monopoli terhadap penjualan minuman berkenaan.
Pada Selasa,Trump turut mengancam untuk mengecualikan produk Kanada daripada program perolehan kerajaan AS melainkan Kanada memulihkan prinsip timbal balik yang penuh dan adil untuk petani serta syarikat AS.
Dalam hantaran di media sosial,Trump memaklumkan beliau telah mengarahkan pegawai kerajaan supaya mengeluarkan produk berasal dari Kanada daripada Multiple Award Schedules milik Pentadbiran Perkhidmatan Am (GSA),iaitu program kontrak jangka panjang kerajaan.
Trump berkata,program berkenaan melibatkan kontrak bernilai lebih AS$50 bilion setahun.
Peguam perdagangan AS,Ryan Majerus,berkata langkah itu berpotensi meluaskan skop barangan yang terjejas,termasuk produk yang tidak dikenakan tarif. – AFP