BERITA PERNIAGAAN

Kerjasama PKD, NADI perkasa peluang pekerjaan, perniagaan luar bandar – TPM Zahid

Sep 7, 2026 IDOPRESS

Foto RTM

CYBERJAYA,7 September– Kerjasama strategik antara Pusat Komuniti Desa (PKD) dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan diperkasa bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan,perniagaan dan peningkatan pendapatan kepada masyarakat luar bandar.

RINGKASAN BERITA AI

−

Beliau berkata demikian selepas sesi pembukaan bengkel kerjasama strategik PKD Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW),hari ini di menara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di sini.

Beliau berkata,kejayaan sebenar agenda pendigitalan perlu diukur berdasarkan peningkatan mobiliti ekonomi rakyat,ia termasuk berapa ramai anak muda memperoleh pekerjaan,usahawan meningkatkan jualan dan keluarga menambah pendapatan.

Tambah beliau,kira-kira 8.1 juta penduduk luar bandar merupakan satu kekuatan ekonomi yang perlu digerakkan secara lebih menyeluruh bagi menyumbang kepada produktiviti dan pertumbuhan negara.

Justeru,beliau mencadangkan pembangunan berasaskan tiga asas utama iaitu mengenal pasti kekuatan ekonomi setiap lokaliti,membina ekosistem pembangunan yang lengkap serta memperluas kerjasama dengan sektor swasta dan institusi berkaitan.

“latihan perlu disusuli pembiayaan dan akses pasaran,manakala kemahiran digital pula perlu diterjemahkan kepada peluang pekerjaan serta penjanaan pendapatan,” katanya lagi.

Dalam pada itu,beliau berkata,kerjasama PKD dan NADI perlu bergerak daripada dua platform berasingan kepada satu ekosistem komuniti yang lebih tersusun dan mudah dicapai rakyat.

Beliau turut menegaskan penyelarasan berkenaan perlu mengurangkan pertindihan,mengoptimumkan sumber sedia ada serta memperluas manfaat kepada masyarakat tanpa menambah lapisan pentadbiran.

Dalam masa sama,beliau berharap hasil bengkel berkenaan dapat diterjemahkan kepada satu model kerjasama yang jelas merangkumi penyelarasan fungsi,perkongsian sumber serta indikator kejayaan yang boleh diukur.

Usaha itu selari dengan aspirasi kerajaan untuk memastikan rakyat di bandar,pinggir bandar dan desa menikmati peluang yang sama dalam arus pendigitalan serta pembangunan ekonomi negara.