BERITA PERNIAGAAN

Jerebu: Johor tidak tolak kemungkinan tutup sekolah jika IPU cecah 200

Sep 7, 2026 IDOPRESS

Exco Pendidikan dan Penerangan Johor Dr Muhammad Naqib Md Ghazali melakukan lawatan di SMK Suria Jaya,Batu Pahat./ RTM

BATU PAHAT,7 Sept – Kerajaan Johor dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) tidak menolak kemungkinan menutup sekolah sekiranya bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) mencecah 200 dan keadaan jerebu berisiko menjejaskan kesihatan orang awam,khususnya pelajar.

RINGKASAN BERITA AI

−

Dalam masa sama,beliau berkata sekolah turut melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengurangkan risiko kesihatan dalam kalangan pelajar susulan keadaan jerebu yang melanda beberapa daerah di Johor ketika ini.

Katanya,pemantauan turut dilakukan terhadap pelajar yang menunjukkan simptom tidak sihat termasuk asma,batuk atau mata kemerahan.

“Sekolah yang berada di kawasan terjejas juga disaran mengurangkan aktiviti luar ketika ini,” katanya.

Dr Muhammad Naqib berkata demikian selepas melakukan lawatan kerja sempena pembukaan Sekolah Menengah Kebangsaan Suria Jaya,Batu Pahat,hari ini.