BERITA PERNIAGAAN

150,000 pengunjung meriahkan Program bersempena HKM 2026 di Melaka

Aug 31, 2026 IDOPRESS

Foto BERNAMA

MELAKA,31 Ogos – Sebanyak 150,000 pengunjung direkodkan menghadiri pelbagai program Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia (HKM) 2026 peringkat negeri Melaka sepanjang tiga hari bermula 29 Ogos,kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

RINGKASAN BERITA AI

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia (HKM) 2026 peringkat negeri Melaka di Dataran 1 Malaysia,Klebang,hari ini.

Antara program yang dianjurkan kerajaan negeri sempena HKM 2026 ialah Karnival Kerjasama Awam – Tentera (CIMIC) Melaka 2026,Malam Melaka Berselawat,Malam Ambang Merdeka 2026 serta Sambutan HKM 2026.

Ujar beliau,sambutan berkenaan bukan sahaja menjadi platform meraikan Hari Kebangsaan,malah turut mengeratkan hubungan dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Melaka.