BERITA PERNIAGAAN

Bencana Nepal: UAE peruntuk AS$10 juta bantuan kemanusiaan

Aug 28, 2026 IDOPRESS

Foto AFP

DUBAI,28 Ogos – Emiriah Arab Bersatu (UAE) memperuntukkan AS$10 juta bagi menyediakan bantuan kemanusiaan segera kepada mereka yang terjejas akibat banjir kilat dahsyat di Nepal,menurut agensi berita negara itu,WAM,pada Khamis,lapor Sputnik/RIA Novosti.

RINGKASAN BERITA AI

Bantuan tersebut disalurkan menerusi agensi UAE AID,menurut laporan itu.

Arus air deras melanda Sungai Bhotekoshi di kawasan pergunungan Nepal pada Rabu yang dikatakan berpunca daripada runtuhan glasier dan aliran puing.

Angka kematian akibat bencana itu mencecah 389 orang dan lebih 660 pelancong dilaporkan hilang. – BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI