BERITA PERNIAGAAN

Banjir di Nepal: PM dukacita 54 rakyat Malaysia belum dapat dihubungi

Aug 27, 2026 IDOPRESS

Foto AFP

KUALA LUMPUR,27 Ogos – Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita susulan bencana banjir kilat di daerah Rasuwa,Nepal yang mengakibatkan kemusnahan besar,dengan 54 rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi.

RINGKASAN BERITA AI

“Kerajaan MADANI menerusi Kementerian Luar akan terus memantau perkembangan ini dengan teliti serta menggembleng segala ikhtiar bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia yang terjejas terus diberi keutamaan,” katanya.

Perdana Menteri turut menyeru rakyat Malaysia supaya bersama-sama mendoakan agar kesemua mereka segera ditemui dalam keadaan selamat dan segala usaha mencari serta menyelamat dipermudahkan.