BERITA PERNIAGAAN

Brazil denda pemilik tiktok US$29.8 juta berhubung pemprosesan data kanak-kanak, remaja

Aug 26, 2026 IDOPRESS

Foto janaan AI

ISTANBUL,26 Ogos – Pihak Berkuasa Perlindungan Data Kebangsaan Brazil (ANPD) mengenakan denda 153.7 juta real Brazil (AS$29.8 juta) terhadap ByteDance,pemilik TikTok,pada Selasa susulan ketidakpatuhan dalam pemprosesan data peribadi kanak-kanak dan remaja,menurut Warta Rasmi,lapor Anadolu Ajansi.

RINGKASAN BERITA AI

Di bawah pelan pematuhan itu,TikTok akan secara automatik menggunakan tetapan privasi paling ketat bagi akaun pengguna berusia bawah 16 tahun.

Tetapan berkenaan hanya boleh diubah dengan kebenaran ibu bapa atau penjaga.

Menurut ANPD,syarikat itu juga akan memperkukuh sistem pemantauan ibu bapa dan melaksanakan penapisan kandungan yang lebih ketat.

Bagi pengguna yang mengakses TikTok tanpa akaun,syarikat itu akan menggantung pengiklanan di Brazil,mengehadkan akses kepada kandungan yang sesuai untuk semua peringkat umur serta mengurangkan pengumpulan dan pemprosesan data peribadi.

Pihak berkuasa berkata langkah berkenaan turut merangkumi had akses selama 12 jam serta menyahaktifkan fungsi seperti penghasilan kandungan,komen,mesej langsung,mengikuti pengguna lain dan penstriman langsung bagi pengguna tanpa akaun berdaftar.

Dapatan itu diperincikan dalam Nota Teknikal No. 50/2024/CGF/ANPD yang disediakan oleh Jabatan Penyeliaan ANPD (SFI-ANPD),yang mengenal pasti amalan dianggap tidak selaras dengan Undang-Undang Perlindungan Data Umum Brazil bagi kedua-dua bentuk akses kepada platform itu.

Menurut agensi berkenaan,ByteDance berhak membuat rayuan kepada Lembaga Pengarah ANPD dalam tempoh 10 hari bekerja selepas menerima pemberitahuan.- BERNAMA-ANADOLU