
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim (duduk) menjawab pertanyaan wartawan sebaik tiba bagi memulakan tugas hari pertama beliau di Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan,Wisma Negeri / Foto BERNAMA
SEREMBAN,4 Ogos – Kerajaan Negeri Sembilan sedang mempertimbangkan cadangan mewujudkan jawatan Timbalan EXCO sebagai sebahagian usaha memperkukuh pentadbiran negeri serta memberi peranan kepada lebih ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
RINGKASAN BERITA AI
−
Dalam perkembangan sama,beliau memulakan tugas rasmi sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan hari ini selepas mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di Balairung Seri,Istana Besar Seri Menanti,Kuala Pilah pada Ahad lalu.
Beliau melaporkan diri di Pejabat Menteri Besar di Wisma Negeri pada pukul 9 pagi sebelum meluangkan masa beramah mesra dengan kakitangan.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang berlangsung 1 Ogos lalu,beliau mempertahankan kerusi DUN Juasseh dengan majoriti 4,091 undi.
Pelantikan Datuk Ismail sebagai Menteri Besar menyusuli kemenangan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 25 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN),sekali gus membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga.