BERITA PERNIAGAAN

Syarikat minyak raih untung berlebihan kesan krisis Iran – Trump

Aug 4, 2026 IDOPRESS

Foto REUTERS

WASHINGTON,4 Ogos – Presiden Amerika Syarikat (AS),Donald Trump mendakwa syarikat minyak utama memperoleh keuntungan yang terlalu besar susulan kenaikan harga minyak akibat perang dengan Iran.

RINGKASAN BERITA AI

−

Konflik itu menyaksikan Iran melancarkan tindakan balas dengan menyasarkan sekutu Washington di rantau Teluk serta hampir menyekat Selat Hormuz,laluan perkapalan penting dunia,sekali gus menyebabkan harga tenaga melonjak.

Gergasi minyak AS,ExxonMobil dan Chevron pada Jumaat lalu melaporkan keuntungan luar biasa yang didorong oleh peningkatan harga tenaga akibat konflik di Asia Barat.

Keuntungan suku kedua ExxonMobil meningkat lebih dua kali ganda kepada AS$14.5 bilion,manakala Chevron mencatat keuntungan AS$12.1 bilion,iaitu lebih lima kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu.

Beberapa syarikat minyak utama lain turut melaporkan keuntungan besar hasil kenaikan harga tenaga sepanjang konflik tersebut.

Trump,yang dikenali sebagai penyokong kuat industri bahan api fosil,sebelum ini mengarahkan Jabatan Kehakiman pada Jun lalu menyiasat dakwaan pencatutan dalam industri minyak.

Pada Isnin,beliau sekali lagi mengkritik syarikat minyak atas keuntungan yang diperoleh.

“Saya tidak gembira mengenainya. Mereka sepatutnya memulangkan sebahagian keuntungan itu kepada rakyat dan menurunkan harga runcit serta harga yang dibayar pengguna,” katanya. -AFP