BERITA PERNIAGAAN

TPM Kemboja Prak Sokhonn tiba untuk lawatan rasmi, JCBC ke-3

Aug 3, 2026 IDOPRESS

Foto BERNAMA

SEPANG,3 Ogos – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja,Prak Sokhonn,mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula hari ini hingga 4 Ogos bagi menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC) Malaysia-Kemboja Kali Ketiga.

RINGKASAN BERITA AI

−

Prestasi perdagangan dua hala Malaysia-Kemboja terus menunjukkan peningkatan memberangsangkan apabila mencatat pertumbuhan sebanyak 27.4 peratus pada 2025,mencecah RM5 bilion (USD1.17 bilion) berbanding tahun sebelumnya.

Daripada jumlah tersebut,eksport Malaysia ke Kemboja merekodkan RM4.13 bilion (USD970 juta),manakala import dari negara itu berjumlah RM0.88 bilion (USD200 juta).

Sehingga 2024,pelaburan terkumpul Malaysia di Kemboja pula mencecah USD3.20 bilion (RM13.07 bilion) melibatkan 162 projek berdaftar,sekali gus menjadikan Malaysia sebagai pelabur asing ketiga terbesar di negara berkenaan.

Turut hadir menyambut ketibaan beliau di KLIA ialah Duta Besar Kemboja ke Malaysia,Ouk Chandara dan Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan Malaysia,Datuk Rozainor Ramli.