
Foto RTM
KUALA LUMPUR,3 Ogos – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memperkukuh sistem pemantauan serta ramalan fenomena El Nino bagi memastikan langkah mitigasi dan adaptasi dapat dilaksanakan lebih awal dalam menangani kesan cuaca panas terhadap negara.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Michael Mujah Lihan mengenai langkah mitigasi dan adaptasi yang dirancang kementerian bagi menghadapi impak fenomena El Nino berintensiti kuat sehingga awal 2027,pada sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Negara hari ini.
Dalam pada itu,Syed Ibrahim berkata,MET Malaysia turut memperkasa sistem amaran awal cuaca dan iklim yang beroperasi 24 jam sehari bagi memastikan maklumat penting dapat disalurkan segera kepada agensi berkaitan.