BERITA PERNIAGAAN

AS salur bantuan kepada Venezuela selepas dilanda gempa bumi

Jun 26, 2026 IDOPRESS

Donald Trump/ REUTERS

WASHINGTON,26 Jun – Presiden Amerika Syarikat,Donald Trump mengumumkan Washington akan menyalurkan bantuan kepada Venezuela susulan gempa bumi dahsyat yang melanda negara itu.

RINGKASAN BERITA AI

−

Bencana itu mengorbankan hampir 190 orang,selain merosakkan ratusan bangunan dan menyebabkan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal.

Menurut Kaji Selidik Geologi Amerika Syarikat (USGS),gempa bumi bermagnitud 7.2 melanda kira-kira 160 kilometer di barat Caracas pada petang Rabu.

Kurang seminit kemudian,satu lagi gegaran bermagnitud 7.5 berlaku,menjadikannya gempa bumi paling kuat melanda kawasan itu sejak tahun 1900.- REUTERS