BERITA PERNIAGAAN

Kementerian Komunikasi junjung titah Agong kekang berita palsu

Jun 1, 2026 IDOPRESS

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR,1 Jun – Kementerian Komunikasi menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim,yang menyeru agar pemantauan terhadap penyebaran berita palsu dan kandungan fitnah terus diperkasakan.

RINGKASAN BERITA AI

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran,Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di sini hari ini.

Tegas beliau,mana-mana platform digital yang menjalankan perniagaan serta meraih keuntungan di Malaysia perlu menghormati undang-undang dan peraturan yang ditetapkan kerajaan.

Datuk Fahmi berharap syarikat-syarikat pengendali platform media sosial memberi perhatian serius terhadap titah Yang di-Pertuan Agong tersebut.

Terdahulu,Sultan Ibrahim menzahirkan kebimbangan terhadap penyebaran maklumat dan kandungan palsu yang semakin berleluasa,khususnya apabila teknologi kecerdasan buatan (AI) disalahgunakan untuk menghasilkan berita palsu menerusi video ‘deepfake’ di media sosial.

Sementara itu,mengulas titah Sultan Ibrahim yang menyeru rakyat agar terus menghayati prinsip Rukun Negara dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian,beliau berkata titah berkenaan wajar dijadikan pedoman oleh semua pihak,termasuk pemimpin politik,dalam memahami serta menghayati nilai-nilai yang terkandung dalam Rukun Negara.