BERITA PERNIAGAAN

Menteri Luar 8 negara Arab, Islam kecam tindakan Ben-Gvir

May 25, 2026 IDOPRESS

Tindakan kejam askar rejim Zionis menahan kapal peserta GSF menuju ke Gaza/ REUTERS

LONDON,25 Mei – Menteri luar dari lapan negara Arab dan Islam mengecam keras tindakan Menteri Keselamatan Israel,Itamar Ben-Gvir yang disifatkan sebagai mengaibkan,menjatuhkan maruah dan tidak boleh diterima ke atas peserta flotilla bantuan ke Gaza.

RINGKASAN BERITA AI

Tentera Israel memintas Global Sumud Flotilla pada 18 Mei lalu ketika peserta cuba menembusi sekatan Israel ke atas Gaza dan menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk di wilayah berkenaan.

Ratusan anggota flotilla bantuan menuju Gaza itu kemudian dibawa ke Pelabuhan Ashdod,Israel dua hari selepas insiden berkenaan,susulan Ben-Gvir memuat naik video memaparkan sebahagian mereka digari dan dipaksa tunduk sambil lagu kebangsaan Israel dimainkan. Tindakan itu mencetuskan kecaman meluas masyarakat antarabangsa.- REUTERS