Geohan sasar peluasan ke Singapura selepas penyenaraian di pasaran utama Bursa Malaysia

Dec 8, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Majlis Penyenaraian Syarikat Geohan Corporation Bhd di pasaran utama Bursa Malaysia/ BERNAMA

KUALA LUMPUR,5 Disember - Syarikat geoteknik dan kerja-kerja asas,Geohan Corporation Bhd bersedia untuk memperluaskan operasinya ke Singapura susulan penampilan sulungnya di pasaran utama,Bursa Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Kewangannya,Low Kok Din,kumpulan itu telah merangka pelan hala tuju yang jelas bagi mengukuhkan kehadirannya di peringkat serantau demi pertumbuhan masa hadapan.


''Kami mensasarkan pertumbuhan dua angka tahun hadapan disokong tempahan kerja kami dan kami juga sedang meneroka peluang daripada sektor infrastruktur terutamanya di Johor.

''Pada masa yang sama,kami juga sedang giat meneroka peluang di Singapura yang menunjukkan pertumbuhan yang pesat di sana. Justeru kami berharap melalui penyertaan aktif,kami dapat menterjemahkannya kepada pertambahan dalam buku pesanan kami,'' katanya pada sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Bursa Malaysia.

Saham syarikat itu didagangkan pada harga 54 sen sesaham,diskaun satu sen berbanding tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 55 sen.

Sejurus kaunter dagangan dibuka,lebih 1.56 juta saham didagangkan,menjadikan syarikat kejuruteraan itu antara kaunter paling aktif pada sesi pagi.

IPO syarikat itu berjaya mengumpulkan dana sejumlah RM72.6 juta melalui terbitan 132 juta saham baharu.

Daripada hasil tersebut,RM40 juta atau 55.1 peratus akan digunakan untuk memperluas armada jentera kumpulan,termasuk pembelian sehingga empat pelantar penggerudi berputar,lapan kren perayap dan lima jengkaut.

Geohan turut memperuntukkan 35 peratus daripada dana itu untuk modal kerja,manakala selebihnya bagi menampung perbelanjaan berkaitan penyenaraian.