Pengukuran meter daerah antara inisiatif PAIP turunkan kadar air tidak terhasil

Dec 8, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Kesediaan termasuk membina DMA dan PMA / Foto FB Menteri Besar

KUANTAN,8 Disember - Pelbagai inisiatif giat dilaksana Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP),bagi menurunkan kadar air tidak terhasil (NRW).

Menteri Besar,Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata,kesediaan itu termasuk membina pengukuran meter daerah (DMA) dan kawasan pengurusan tekanan air (PMA).

"Usaha itu sebagai langkah mencapai sasaran NRW kepada 39.5 peratus daripada 47.5 peratus.

"Penukaran paip usang sepanjang 573.1 kilometer di seluruh negeri ini,melibatkan kos sebanyak RM450 juta akan dilaksana secara berfasa sehingga 2030,"katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang.

Kerajaan negeri juga katanya turut menerima peruntukan dalam bentuk geran daripada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menerusi program NRW Kebangsaan sebanyak RM313 juta.