Kemalangan SUV : JKR patuhi SOP, tidak alih penghadang di lokasi runtuhan

Dec 8, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan / Foto RTM

KUALA LUMPUR,8 Disember - Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak melakukan sebarang tindakan mengalihkan papan tanda amaran atau penghadang jalan di lokasi tanah runtuh yang mengakibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) terjunam ke dalam gaung di Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi-Aring (Bukit Kawah).

Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan semua langkah keselamatan di lokasi berkenaan mengikut amalan SOP JKR di lokasi berisiko.

"Siasatan sedang dilakukan untuk mengenal pasti individu atau pihak yang mengubah kedudukan papan tanda dan penghadang jalan tersebut.

“Jadi kalau didakwa ia dialihkan,itu penting bagi kita untuk tahu siapa yang mengalihkannya. JKR memang tidak mengalihkan. Siasatan memang kita terus jalankan. Itu prosedur biasa,"katanya selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya di sini,hari ini.

KKR turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pihak yang mengalihkan tanda amaran serta penghadang konkrit di lokasi kemalangan berkenaan,agar tampil membantu siasatan.