Pencemaran Sungai Johor: Kerajaan negeri bakal wajibkan syarat baharu kepada industri

Dec 2, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU,2 Disember- Beberapa peraturan baharu bakal diperkenal kerajaan Johor khususnya melibatkan aspek penjagaan alam sekitar dan pengurusan sungai.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar,Ling Tian Soon berkata peraturan baharu yang lebih tegas akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Untuk jangka masa panjang perancangan,kerajaan negeri akan berhubung dengan pihak industri supaya kesemuanya mengikut syarat-syarat baharu yang telah ditetapkan."

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Peralatan Perubatan di Hospital Sultan Ismail( HSI ),Johor Bahru.

Mengulas mengenai kes siasatan insiden sebelum ini di Sungai Johor,beliau menjelaskan bahawa siasatan penuh kini dikendalikan oleh agensi berkaitan seperti Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta Pejabat Daerah Kota Tinggi.

Insiden pencemaran lumpur sungai Johor,31 Oktober lalu memaksa beberapa loji rawatan air (LRA) utama di Johor dihentikan sehingga menjejaskan hampir 1.8 juta penduduk.