BERITA PERNIAGAAN

Tindakan segera baiki mendapan jalan di Taman Seri Tawar

Nov 13, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto/RTM

BUTTERWORTH,13 November - Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengambil tindakan segera berhubung mendapan jalan dan runtuhan tembok penahan konkrit bertetulang (RC wall) berhampiran tebing sungai di Taman Seri Tawar,Teluk Air Tawar,di sini bagi menjamin keselamatan awam.

Menurut kenyataan MBSP menerusi laman Facebook,Datuk Bandar MBSP Datuk Baderul Amin Abdul Hamid telah turun ke lokasi semalam bagi meninjau keadaan sebenar susulan aduan awam berhubung insiden terbabit.

MBSP memaklumkan lawatan di bawah pendekatan Management By Walking Around (MBWA) itu bertujuan meninjau keadaan sebenar di tapak dan menilai tahap kerosakan yang menjejaskan struktur jalan serta sistem saliran di situ.

"Datuk Bandar menegaskan kepentingan tindakan segera bagi menjamin keselamatan awam dan mengelak kerosakan bertambah serius yang berlaku di kawasan tersebut.

"Kerja-kerja pembaikan segera yang merangkumi pemasangan sheet pile,pembinaan semula RC wall,jalan dan parit sepanjang 130 meter dijangka bermula pada penghujung November ini," menurut kenyataan itu.