BERITA PERNIAGAAN

Sekolah Angkat Madani naik taraf infrastruktur, fasiliti pembelajaran

Nov 10, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Akses pendidikan berkualiti / Foto Facebook Datuk Seri Khaled Nordin

KOTA TINGGI,10 November - Dua sekolah diiktiraf Sekolah Angkat MADANI,sekaligus menerima peruntukan RM100,000 bagi menaik taraf infrastruktur serta fasiliti pembelajaran.

Menteri Pertahanan,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pemilihan sekolah luar bandar itu,bagi memastikan akses pendidikan berkualiti dinikmati masyarakat secara menyeluruh.

Sekolah berkenaan,masing-masing Sekolah Kebangsaan Felda Lok Heng dan Sekolah Kebangsaan Gembut,Kota Tinggi.

"Kedua-dua sekolah yang menerima pengiktirafan Kementerian Pertahanan ini memberi kelainan dalam kaedah pembelajaran.

"Konsep Malaysia Madani yang diterapkan itu juga bagi memastikan pembangunan membawa kesejahteraan dan keadilan sosial",katanya selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Projek Sekolah Angkat MADANI 2025.

Program Sekolah Angkat MADANI melibatkan hampir seribu sekolah seluruh negara melibatkan kerjasama kementerian dan swasta.