BERITA PERNIAGAAN

Suspek amang seksual kanak-kanak ditahan

Nov 5, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Suspek memiliki rekod jenayah lampau berkait serangan seksual dan narkotik.

KUANTAN,5 November - Seorang lelaki yang disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun di Kampung Padang di sini,sudah ditahan polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Pahang,Datuk Seri Yahaya Othman mendedahkan,tangkapan dibuat di kediaman suspek di sini,pada Selasa.

"Siasatan masih dijalankan. Permohonan reman sudah dibuat pagi ini. Polis juga akan membawa mangsa ke hospital bagi pemeriksaan lanjut untuk mengesahkan kejadian berkenaan," katanya.

Beliau menyatakannya ketika ditemui pada Majlis Pemakaian Pangkat Ketua Polis Daerah Jerantut dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Siasatan/Perundangan Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Pahang,di sini hari ini.

Suspek berusia 25 tahun yang tidak bekerja,disahkan memiliki rekod jenayah lampau berkait serangan seksual dan narkotik.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam pada Isnin lepas,kanak-kanak itu dipercayai ditahan suspek ketika melalui deretan kedai di kawasan berkenaan.

Mangsa kemudian dibawa ke kawasan semak dan dipercayai telah diliwat.