Johor sedia pacu pertumbuhan JS-SEZ, beri manfaat kepada rakyat

Oct 11, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Datuk Onn Hafiz Ghazi

KULAI,11 Oktober - Inisiatif naik taraf infrastruktur di Johor,menerusi Belanjawan 2026 yang dibentangkan semalam,dapat memperkasa pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata,pihaknya komited memastikan projek-projek terlibat,memberi impak positif kepada setiap lapisan masyarakat.

"Ia akan membantu kita membangunkan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ). Ini merupakan satu permulaan yang baik.

"Insya-Allah,kerajaan negeri Johor menyambutnya dengan penuh komitmen bagi memastikan pelaksanaannya benar-benar memberi manfaat kepada rakyat di peringkat akar umbi Bangsa Johor," katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Konvokesyen Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) ke-26 di sini.

Antara naik taraf diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam,termasuk Lebuhraya Senai-Desaru Fasa Dua A,serta Persimpangan Seksyen 16.0 Jalan Johor Bahru-Kulai dan Jalan Gelang Patah.

Selain itu ia juga meliputi pembinaan Jalan Kluang-Renggam-Layang-Layang J25.