Bank Rakyat, bank pertama urus dana wakaf tunai MAIWP

Jul 3, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto MAIWP

KUALA LUMPUR,2 Julai- Bank Rakyat secara rasmi dilantik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai bank pertama yang mengurus kutipan,pengurusan dan agihan dana wakaf tunai menerusi inisiatif Jariah Al-Barakah.

Pelantikan sebagai Mutawalli itu dimeterai dalam Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian di Menara Kembar Bank Rakyat,disaksikan wakil tertinggi kedua-dua pihak.

Menurut Pengerusi Bank Rakyat,Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak,pelantikan rasmi diterima pada 30 Disember 2024 selepas proses penilaian dan kelulusan yang bermula sejak April tahun lalu.

"Ini adalah amanah besar dan satu bentuk kepercayaan terhadap komitmen Bank Rakyat dalam melaksanakan tadbir urus dana wakaf secara telus dan patuh Syariah," katanya menerusi kenyataan.

Platform Jariah Al-Barakah akan dikendalikan Jawatankuasa Pengurusan Bersama melibatkan wakil MAIWP,Bank Rakyat dan Pakar Syariah,diketuai Prof. Dr. Azman Mohd Noor,dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.