BERITA PERNIAGAAN

Presiden China adakan lawatan negara ke Malaysia pada 15-17 April

Apr 10, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Presiden China Xi Jinping/ AFP

PUTRAJAYA,9 April- Malaysia akan menerima lawatan negara oleh Presiden China Xi Jinping bermula 15 hingga 17 April ini.

Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil berkata Jemaah Menteri menganggap lawatan berkenaan sebagai signifikan dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala,khususnya dalam bidang perdagangan.

"Lawatan ini bukan hanya dinantikan,tapi adalah sebahagian daripada usaha kerajaan atau Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan yang mana kita ingin melihat hubungan perdagangan yang lebih baik dengan pelbagai negara termasuk China",katanya.

Datuk Fahmi memaklumkan maklumat lanjut mengenai lawatan Presiden China itu akan diumumkan oleh Wisma Putra.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian pada sidang media pasca Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.