BERITA PERNIAGAAN

PM tekan kepentingan kukuh ekonomi hadapi perubahan global

Apr 7, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,7 April- Keperluan untuk memperkukuh asas ekonomi negara dalam menghadapi perubahan marcapada yang pesat adalah amat penting.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan bahawa usaha tersebut harus meliputi dari segi teknologi dan geopolitik,termasuk pengumuman tarif oleh Amerika Syarikat baru-baru ini

Dalam ucapannya semasa Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri,beliau menegaskan bahawa ketahanan mental dan pemikiran bijaksana merupakan asas penting bagi memastikan pembangunan negara dapat dilaksanakan secara mampan dan berdaya tahan.

Beliau turut menyentuh isu-isu dalaman pentadbiran yang memerlukan tindakan segera seperti kecuaian,ketirisan dan rasuah yang,menurut beliau,mesti ditangani secara tuntas bagi menjamin integriti dan kecekapan perkhidmatan awam.

Pada masa sama,Perdana Menteri mengingatkan rakyat agar lebih berhati-hati dalam menggunakan teknologi dan media sosial.

Katanya,kecanggihan teknologi tidak wajar disalahgunakan sehingga menjadi punca pertelagahan politik dalam setiap isu yang dibangkitkan di platform digital.

Sebaliknya,beliau menggesa agar rakyat memberikan tumpuan kepada aspek pembangunan ekonomi dan kesejahteraan sosial demi menjamin masa depan negara yang lebih stabil dan makmur.