BERITA PERNIAGAAN

Ekonomi MADANI catat pencapaian positif sejak diperkenal

Mar 13, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan),Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa / Foto RTM

KUALA LUMPUR,13 Mac – Ekonomi MADANI menunjukkan pencapaian memberangsangkan sejak diperkenalkan pada Julai 2023,dengan peningkatan dalam pelbagai indikator ekonomi utama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan),Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada 5.1 peratus pada tahun lalu berbanding 3.6 peratus pada 2023.

“Selain itu,pelaburan yang diluluskan melonjak sebanyak 14.9 peratus kepada RM378.5 bilion,manakala jumlah dagangan turut mencatat peningkatan 9.2 peratus kepada RM2.88 trilion,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara,hari ini.

Menurut Dr Zaliha,kerajaan telah menubuhkan Unit Pantau MADANI bagi memantau,memudah cara serta melaksanakan intervensi ke atas inisiatif utama kerajaan bagi memastikan keberkesanan serta pencapaian hasil yang optimum.

Dr Zaliha turut memaklumkan aliran masuk pelaburan langsung asing bersih (FDI) kini berjumlah RM47.4 bilion,mencerminkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara.