BERITA PERNIAGAAN

Hanya 20 peratus anggota, pegawai JBPM Melaka dibenar cuti Aidilfitri

Mar 11, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Pengarah JBPM Melaka Mohd Pisar Aziz

JASIN,11 Mac- Hanya 20 peratus daripada lebih 496 anggota dan pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka dibenar mengambil cuti sempena Aidilfitri,tahun ini.

Pengarahnya,Mohd Pisar Aziz berkata,ia bagi memastikan perkhidmatan pasukan tidak terjejas ketika musim perayaan.

"Untuk anggota,kita mesti memastikan kekuatan anggota setiap musim perayaan berada dalam keadaan mencukupi dan kebanyakan kita akan membekukan cuti sebanyak 20 peratus. Kekuatan anggota lebih kurang dalam 496 orang,dalam harian kita akan bertugas,dengan anggota 120 lebih orang setiap hari",katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Ihya Ramadan 1446H Bersama Yang di-Pertua Negeri,Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bestari,malam tadi.

Selain jumlah keanggotaan yang mencukupi,pihaknya turut memastikan kesiapsiagaan logistik berada dalam keadaan baik dan boleh digerakkan pada bila-bila masa.

Langkah ini penting agar penugasan berjalan lancar,khususnya bagi operasi menyelamat sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Turut hadir,Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.