BERITA PERNIAGAAN

Cadangan bina asrama kolej komuniti, mudahkan pelajar

Feb 19, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

BEAUFORT,18 Februari- Kementerian Pendidikan Tinggi bercadang untuk membina asrama di beberapa kolej komuniti di negara ini.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata hasrat Kementerian Pengajian Tinggi itu sebagai usaha memudah dan menyediakan keperluan asas kepada pelajar khususnya dari luar daerah kolej berkenaan.

"Ada beberapa tempat,khususnya yang melibatkan di kawasan Sabah dan Sarawak dan juga di kawasan Semenanjung pun ada,kerana mereka yang mana kolej komuniti itu yang terletak di kawasan-kawasan luar bandar dan pelajar pula yang datang bukan hanya di sekitar yang berkenaan,juga daripada kawasan-kawasan lain",katanya kepada media selepas melakukan lawatan ke Kolej Komuniti Beaufort.

Kunjungan ke Kolej Komuniti Beaufort sebagai antara rangka lawatan Kementerian Pengajian Tinggi ke institusi pengajian tinggi seluruh negara bagi meninjau kedudukan kolej komuniti dalam menyediakan dokumen terakhir Dasar Pendidikan Tinggi negara.