BERITA PERNIAGAAN

Kestabilan politik pacu pertumbuhan KDNK - Fahmi

Feb 17, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Faktor kestabilan politik dan dasar negara yang kukuh menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan positif Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 / Foto Hiasan

PUTRAJAYA,14 Februari – Faktor kestabilan politik dan dasar negara yang kukuh menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan positif Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024,yang melepasi sasaran minimum kerajaan dengan kadar 5 peratus.

Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan MADANI,Fahmi Fadzil berkata pencapaian itu menunjukkan petanda positif bahawa ekonomi negara akan terus berkembang dalam tempoh mendatang.

"Pada waktu ini,tidak ada petanda yang menunjukkan pengumuman pelaburan daripada sektor teknologi atau syarikat teknologi besar akan berkurangan. Malah,terdapat beberapa indikasi positif kerana di pihak kerajaan,bukan sahaja kestabilan politik yang dikekalkan,tetapi juga kestabilan dasar," katanya dalam sidang media mingguan di sini.

Menurut Fahmi,kerajaan akan terus memantau sebarang perubahan dasar di negara luar,khususnya berikutan keadaan geopolitik dunia yang tidak menentu.

Langkah itu penting bagi memastikan ekonomi negara kekal berdaya saing dan tidak terkesan oleh faktor luar yang boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.

BERITA BERKAITAN:

Pertumbuhan ekonomi 5 peratus bukti keyakinan pelabur terhadap Malaysia

Ekonomi Malaysia suku keempat 2024,berkembang lima peratus