BERITA PERNIAGAAN

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di LPT2

Feb 17, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

FOTO FAIL

DUNGUN,16 Februari - Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Lebuh raya Pantai Timur Fasa Dua (LPT2) pagi tadi,di susur keluar Plaza Tol Paka,di sini.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Maizura Abdul Kadir memaklumkan,mangsa yang maut ialah Amir Hamzah Johar,37 tahun dikatakan sedang berkonvoi bersama-sama sekumpulan motosikal lain untuk ke Segamat,Johor.

"Kejadian dipercayai berlaku semasa motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan.

"Akibatnya,mangsa terjatuh di atas jalan selepas motosikalnya bergesel dengan besi pembahagi jalan," kata Maizura ketika dihubungi RTM.

Mangsa yang juga seorang buruh meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987.