BERITA PERNIAGAAN

Remaja hilang di Sungai Padang Terap ditemukan lemas

Feb 10, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto JBPM Kedah

PENDANG,10 Februari – Seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Padang Terap di Titi Chegar,di sini,lewat petang semalam,ditemukan meninggal dunia pagi tadi.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah,Penguasa Kanan Bomba 1,Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata mayat mangsa,Nur Haidhar Nasrul,17,ditemukan kira-kira 10 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung semula kira-kira pukul 7.15 pagi tadi dengan pemantauan di sekitar sungai.

Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) kemudian melakukan selaman sebanyak tiga kali di lokasi pencarian.

"Selaman ketiga pada pukul 11.18 pagi berjaya menemukan mangsa pada jarak 10 meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh," katanya kepada pemberita,di sini.

Mayat mangsa dibawa naik ke daratan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.16 petang semalam,mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dipercayai terjatuh ke dalam sungai.

Motosikal mangsa berjaya ditemui petang semalam dan telah dibawa naik ke daratan.