BERITA PERNIAGAAN

Malaysia-Uzbekistan meterai MoU, perkukuh pertumbuhan ekonomi - Tengku Zafrul

Feb 6, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto FB Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR,5 Februari- Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai antara Malaysia-Uzbekistan,membabitkan projek berpotensi untuk memperkukuh pertumbuhan ekonomi dan industri kedua-dua negara.

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata,ia membabitkan projek berpotensi antaranya dalam bidang elektronik dan semikonduktor,industri automotif,kuasa hidro dan tenaga solar,industri kimia,makanan serta farmaseutikal.

Tambahnya,sesi perbincangan yang dilaksanakan oleh kerajaan bersama sektor perniagaan merintis kerjasama strategik baharu bagi kedua-dua negara.

"Kami berdua (Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Uzbekistan,Laziz Kudratov) bersetuju untuk memajukan kerjasama dalam pelbagai bidang.

"Ia termasuk perdagangan,pelaburan,pembangunan industri,elektronik,teknologi maklumat,kecerdasan buatan,penjagaan kesihatan,farmaseutikal,kewangan Islam,pertanian dan halal,pengangkutan serta pelancongan," katanya semasa berucap pada Forum Perniagaan Uzbekistan-Malaysia 2025 di sini.