BERITA PERNIAGAAN

Kontrak niaga hadapan MSM dijangka naik didorong asas bermusim kukuh

Jan 6, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR,4 Januari - Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka meningkat sedikit minggu hadapan susulan asas bermusim yang lebih kukuh.

Peniaga minyak sawit berkata,ia disebabkan oleh corak pengeluaran bermusim yang lebih rendah. Ia dapat dilihat pada suku pertama tahun ini.

Kontrak niaga hadapan MSM menyaksikan dagangan lebih rendah berikutan aktiviti pengambilan untung pada minggu depan.

Pasaran juga dijangka dalam sentimen berhati-hati memandangkan peniaga menunggu data eksport simpanan MSM bagi Disember 2024.

Julat harga bagi kontrak niaga hadapan MSM berkemungkinan besar diniagakan pada RM4,300 hingga RM4,400 satu tan pada minggu depan.