BERITA PERNIAGAAN

PUO: Platform digital data raya untuk perancangan strategik, cekap

Dec 4, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof

PUTRAJAYA,4 Disember - Satu platform digital data raya 'Putrajaya Urban Observatory' (PUO) dibangunkan Perbadanan Putrajaya (PPj) bertujuan perkongsian data khusus bagi membolehkan pengumpulan dan analisis terhadap data-data perbandaran.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata,platform digital data raya seumpama itu membolehkan perancangan pembangunan,pengoperasian dan penyelesaian perbandaran dilaksana dengan lebih strategik dan cekap.

PUO mempunyai lebih 200 lapisan data berasaskan pemetaan geospatial yang berupaya membuat analisa kepelbagaian data untuk membantu PPj membuat keputusan yang tepat terhadap sesuatu pembangunan sekali gus meningkat kualiti dan tadbir urus perbandaran setaraf bandar-bandar pintar di dunia.

"Ini mampu membuat geoanalitik kepelbagaian data untuk membantu Perbadanan Putrajaya dalam membuat keputusan dan penyelesaian perbandaran yang cepat,tepat dan interaktif terhadap sesuatu pembangunan.

"Saya percaya,AI dan 'Big Data' akan memberi kesan yang positif kepada rakyat. Ia dapat meningkatkan kecekapan dan produktiviti dalam membantu pentadbir bandar membuat keputusan yang tepat dan cepat berdasarkan analisis data yang komprehensif demi kesejahteraan semua," kata Fadillah.

Beliau berucap pada majlis peluncuran Putrajaya Urban Observatory (PUO) sempene Digital Putrajaya Exhibition and Conference (DiPEC) 2024,di sini.

Timbalan Perdana Menteri juga berharap perkongsian data antara agensi dapat dilaksanakan dengan mengambil kira kepentingan awam.

Jelasnya,kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi penghasilan maklumat dan analisa yang bertepatan dengan situasi semasa di sebuah bandar dalam meningkatkan keberkesanan apabila kerajaan menyediakan peruntukan untuk sesuatu pembangunan.

Sementara itu Fadillah berkata,teknologi kecerdasan buatan (AI) perlu diaplikasikan dalam pengurusan bandar raya dengan lebih meluas.

Katanta,teknologi tersebut membolehkan komputer dan mesin untuk melaksanakan tugasan yang dapat membantu pihak berkuasa tempatan menguruskan pelbagai aspek perbandaran.

"Tanpa kita sedari,elemen-elemen perbandaran menjana pelbagai jenis data seperti trafik,kualiti alam sekitar,cuaca dan banyak lagi. Melalui pengumpulan data yang berstruktur dan bersepadu,ian boleh menghasilkan pelbagai jenis analisa untuk membantu pihak pengurusan membuat keputusan yang tepat," katanya.

Jelasnya,meskipun teknologi membawa pelbagai kebaikan,namun ada keperluan untuk memastikan teknologi digunakan demi kebaikan rakyat dan negara.