BERITA PERNIAGAAN

Program DLP asah kemahiran, keyakinan pelajar hadapi ujian SPM

Nov 27, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Pendidikan,Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak,Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn/Foto BERNAMA

KUCHING,27 November – Penilaian Standard Program Dwi Bahasa (DLP) yang melibatkan murid Tahun Enam di Sarawak akan dilaksanakan mulai tahun depan sebagai persediaan awal sebelum mereka menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menteri Pendidikan,Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn,berkata penilaian ini bertujuan menilai tahap penguasaan murid dalam Matematik,Sains,dan Bahasa Inggeris.

"Melalui penilaian ini,ibu bapa dapat mengetahui prestasi anak mereka lebih awal,dan jika pencapaian murid tidak memuaskan,langkah awal boleh diambil untuk memperbaiki prestasi sebelum menduduki SPM.

"Inovasi sebenar dalam pendidikan adalah pelaburan dalam pembangunan professional untuk para guru," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Inovasi dan Penyelidikan Pendidikan di sini,hari ini.

Pelaksanaan program ini juga selaras dengan sasaran 60 peratus pendaftaran dalam bidang Sains,Teknologi,Kejuruteraan,dan Matematik (STEM) di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030.

Jawatankuasa penilaian tersebut terdiri daripada wakil kementeriannya,Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak,Cambridge University Press and Assessment,serta Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

18 November lalu,Roland berkata DLP Sarawak berbeza dengan Program DLP Kebangsaan kerana menggunakan pendekatan 100 peratus medium bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik.