BERITA PERNIAGAAN

Malaysia Airlines lancar MH Young Explorers Club

Nov 21, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

FOTO MALAYSIA AIRLINES

KUALA LUMPUR,21 November- Malaysia Airlines melancarkan MH Young Explorers Club sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia.

Menerusi kenyataan,syarikat penerbangan itu berkata,ia merupakan inisiatif baharu yang menawarkan pengalaman eksklusif dan perkhidmatan peribadi kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

Ahmad Luqman Mohd Azmi,Ketua Pegawai Eksekutif Airlines,Malaysia Aviation Group (MAG) berkata,inisiatif direka selari dengan keperluan kanak-kanak.

Ini termasuk memerlukan penjagaan,perhatian dan kemudahan tambahan.

Ia turut menyediakan layanan istimewa kepada kanak-kanak termasuk keutamaan daftar masuk,keistimewaan menaiki pesawat,menu kanak-kanak khas dan hiburan yang disesuaikan.

Dengan inisiatif tersebut,ia bukan sahaja memperkukuhkan jenamanya tetapi juga menunaikan komitmen untuk menjadi syarikat penerbangan yang mesra keluarga.