BERITA PERNIAGAAN

Niaga hadapan emas ditutup rendah berikutan pengukuhan dolar AS

Nov 15, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,14 November- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini disebabkan prestasi dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh dan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi,kata seorang penganalisis.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata sentimen pasaran turut tertekan kerana Presiden AS yang akan datang,Donald Trump memberi petunjuk untuk mengusahakan perdamaian di Asia Barat dan Eropah Timur,yang boleh mengurangkan ketegangan geopolitik yang sebelum ini mendorong harga emas lebih tinggi.

“Bagaimanapun,penurunan harga emas dalam dolar AS membuka kemungkinan menarik bagi pelabur tempatan,terutamanya di kawasan yang mana risiko mata wang menjadi kebimbangan yang semakin meningkat.

“Sebagai contoh,dengan unjuran ringgit boleh merosot kepada 4.70 berbanding dolar AS apabila agenda tarif penuh Trump dilaksanakan,ini boleh menjadi saat yang sesuai untuk membeli emas sebagai lindung nilai terhadap susut nilai mata wang tempatan,” katanya kepada Bernama.

Selain itu,beliau berkata paras AS$2,500 untuk emas ialah tahap teknikal yang besar yang mungkin menarik kenaikan harga emas tradisional,menandakan titik perubahan untuk pembeli masa depan.

Kontrak bulan semerta November 2024 jatuh kepada AS$2,559.30 setiap auns troy daripada AS$2,617.20 setiap auns troy semalam.

Sementara itu,kontrak Disember 2024,Januari 2025,Februari 2025 dan April 2025 semuanya ditutup lebih rendah kepada AS$2,572.90 setiap auns troy daripada AS$2,630.70 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 12 lot daripada 10 lot pada Rabu,manakala kepentingan terbuka bertambah baik kepada 31 kontrak daripada 26 kontrak sebelumnya.

Menurut penetapan London Bullion Market Association pada 13 Nov,harga emas fizikal berada pada AS$2,598.75 setiap auns troy. -BERNAMA