BERITA PERNIAGAAN

Program Belia Kreatif Madani: Wujudkan belia berdaya saing dalam industri kreatif

Nov 8, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil /Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,7 November-Program Belia Kreatif Madani digerakkan bagi menarik minat generasi muda menceburi bidang seni kreatif.

Program di bawah inisiatif Kementerian Komunikasi melalui Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS); bertujuan mewujudkan komuniti belia untuk berdaya saing dalam industri kreatif khususnya perfileman.

Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil berkata,segala kemajuan projek serta penerimaan dana bagi program tersebut akan dipantau; dinilai oleh Jawatankuasa Pemantauan yang terdiri daripada pengiat industri,ahli akademik dan wakil kerajaan atau agensi.

"Antara skop program yang dicadangkan melalui Program Belia Kreatif Madani adalah program Pembangunan Modal Insan dijangkakan 6000 tenaga belia mahir akan dapat manfaat daripada 120 program yang dianjurkan.

"Pembangunan nilai apresiasi filem di kalangan belia yang dapat melahirkan 1800 belia berpengatahuan dalam bidang industri kreatif mempunyai jati diri dan semangat cintai filem tempatan.

Pembangunan komuniti filem atau kelab filem yang berfungsi sebagai wadah masyarakat setempat khususnya belia untuk berkumpul bersosial berwacana berkaitan filem",katanya demikian ketika sesi pergulungan Kementerian Belanjawan 2025 di Parlimen

Tambah Fahmi,turut dianjurkan pertandingan filem pendek antara komuniti belia di universiti atau kolej pengajian awam dan swasta.

Dalam pada itu,Fahmi turut memaklumkan,pihaknya telah mencadangkan agar kadar duti hiburan yang terpilih di Wilayah Persekutuan dikurangkan.

Ini termasuk duti hiburan melibatkan acara sukan dan pertandingan,tayangan filem di pawagam serta persembahan pentas.

Langkah tersebut dicadangkan berdasarkan satu lampiran cukai melalui belanjawan 2024.

"Pelaksanaan pengurangan duti hiburan daripada 25% ke 0% persembahan pentas oleh artis tempatan. Manakala persembahan pentas oleh artis antarabangsa dikurangkan daripada 25% kepada 10% telah dicadangkan bagi merancakkan aktiviti dan meningkatkan peluang kepada aktiviti seni membangunkan industri kreatif melalui penganjuran konsert",katanya.

Tambahnya,pelaksanaan ini adalah tertakluk kepada sub seksyen 12(1) (B) akta duti hiburan 1953.

Penguatkuasaan kadar duti hiburan bagi Wilayah Persekutuan adalah permohonan yang diterima oleh Kementerian Kewangan bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2028.

Sementara itu,Fahmi turut menegaskan garis panduan Dasar wajib siar lagu dijadikan rujukan Kementerian Komunikasi melalui Radio Televisyen Malaysia dalam melaksanakan tapisan dan penilaian sebelum sesebuah lagu itu diluluskan dan disiar di semua platform penyiaran RTM.

Manakala setiap lagu yang telah dinilai dan diluluskan akan diberikan kepada unit rakam khanah sebelum disiarkan.

"Beberapa syarat ketat telah ditetapkan kepada semua pengkarya. Antaranya lirik lagu tersebut tidak menggunakan lirik bahasa rojak iaitu campuran pelbagai bahasa sehingga merosakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan walaupun ia menggunakan bahasa kreatif.

"Sesebuah lagu juga tidak boleh bahasa lucah keganasan yang dibimbangi akan memberi pengaruh negatif terutama golongan muda",katanya.