BERITA PERNIAGAAN

Penduduk terjejas banjir di Seberang Perai terima bantuan RM1,500

Sep 24, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Seramai 202 keluarga terjejas akibat banjir di Seberang Perai,Pulau Pinang,menerima bantuan khas berjumlah RM1,500 / Foto RTM

BUTTERWORTH,24 September – Penduduk yang terjejas akibat banjir di Seberang Perai,500.

Sumbangan disalurkan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai tanda keprihatinan terhadap mangsa banjir.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri,Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata Perdana Menteri telah menyalurkan RM500 kepada setiap keluarga yang berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar kawasan tersebut,manakala NADMA menyumbangkan RM1,000.

"Ini menunjukkan Perdana Menteri dan kerajaan sangat prihatin dan terkesan dengan mereka yang diuji dengan musibah banjir ini," katanya.

Seramai 202 keluarga terjejas menerima bantuan kewangan tersebut.